Khamis, 22 September 2016

KLOROFIL MURAH

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.

KELEBIHAN KLOROFIL PADA TUBUH BADAN:

* Mengurangkan kolestrol dalam darah
* Mengurangkan risiko penyakit jantung
* Mengekalkan ketumpatan tulang
* Menyahtoksin badan
* Merendahkan tekanan darah
* Merawat eczema dan kesihatan kulit
* Melawan pertumbuhan sel kanser
* Merawat dan mencegah masalah prostate
* Untuk kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat
* Menghilangkan simptom putus haid
* Melawan keletihan
* Mencegah anaemia (kurang darah merah)
* Menambah oksigen dalam darah
* Meneutralkan radikal bebas
* Menambahbaikkan sistem imun badan
* Mengalakkan pertumbuhan sel


Harga Rm50 termasuk poslaju

PM: 010 539 6675


Rabu, 14 September 2016

Isnin, 12 September 2016

KISAH YANG TIDAK DI KETAHUI ORANG RAMAI TENTANG ADIK NASRI

   Pada 12.9.2016 Admin bersama Team PERLIS HOPE telah berkunjung sebuah rumah seorang pejuang penyakit tallasemia. Mungkin ramai yang telah mengenali Mohammad Nasri Bin Ahmad Syukri atau lebih dikenali sebagai Adik Nasri. Beliau telah menghidap penyakit tallasemia sejak awal kelahirannya. Beliau telah meninggal dunia pada pukul sepuluh pagi di Hospital Tengku Fauziah setelah kami semua selesai solat Hari Raya Aidil Adha. Kehilangannya cukup memberi kesan kepada kami semua. Semoga allah mencucuri rahmat kepada Adik Nasri.  AMIN YA RABBAL ALAMIN...



   Mungkin ramai yang tidak tahu kisah ini, menurut ibu beliau Almarhum ada stiker PERLIS HOPE, dimaklumkan bahawa almarhum sendiri yang menampal stiker tersebut pada dinding berhampiran dengan katil beliau. Beliau sangat berterima kasih kepada PERLIS HOPE kerana memenuhi impian terakhir sebelum kematian beliau yaitu membawa beliau melihat matahari terbenam di tepi laut Kuala Perlis.
                        katil almarhum sebelum beliau berada di hospital



   Menurut ibu beliau lagi, Almarhum pernah menyebut-nyebut tentang PERLIS HOPE sebelum beliau tidak sedarkan diri(KOMA) di Hospital. Tambahnya lagi, Beliau selalu menatap stiker PERLIS HOPE boleh kata pada setiap hari.

Lawati page PERLIS HOPE: PERLIS HOPE

Berikut adalah gambar-gambar saat beliau melihat matahari terakhir terbenam dalam hidupnya... 






Berikut adalah gambar-gambar sewaktu pengebumian almarhum...






Damailah kau di sana sahabat......