Isnin, 22 Ogos 2016

PROJEK MEMBINA RUMAH MUSTAD'AFIN

BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA



Sejak 4 tahun lepas, saudara Azman Ahmad bersama isteri dan seorang anak perempuan menetap di sebuah pondok yang amat buruk lagi usang (keluasan hanya 6"X8") tanpa sebarang kemudahan bekalan air dan elektrik.

PERLIS HOPE bercadang untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa buat keluarga malang ini. Pembinaannya akan dilakukan secara gotong royong di kalangan para sukarelawan PERLIS HOPE serta NGO-NGO sekutu yang lain.

Anggaran kos pembinaan rumah baru buat keluarga saudara Azman adalah sebanyak RM6000.00. Sehingga kini, terdapat para penyumbang yang tampil memberi komitmen menjayakan pembinaannya telah menyumbang sebanyak RM3536.00.

Justeru, pihak PERLIS HOPE masih kekurangan dana sebanyak RM2464.00 bagi membina rumah tersebut secepat mungkin. Bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang bolehlah menyalurkan terus ke akaun Maybank 559012318777 [Atas nama: Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis (Perlis Hope)]…Setelah melakukan pembayaran, mohon ‪#‎WhatsApp‬ resit bayaran ke 0134899717 untuk tujuan rekod kami.

Semoga kerja buat kita yang sedikit ini dapat memberi sinar harapan buat keluarga malang ini serta mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah swt.

Mohon bantuan semua agar ‪#‎Share‬ 'posting' ini ke wall FB masing-masing. Terima kasih semua.

#‎PerlisHope‬
#perlishopeforever
#teamperlishope

100% for Charity


Tiada ulasan:

Catat Ulasan