Rabu, 31 Ogos 2016

DERITA IBU TUNGGAL BERSAMA 4 ORANG ANAK TANPA SEBARANG PEMBELAAN



Pada 31 Ogos 2016 di Tambun Tulang, Perlis. Admin dan Sukarelawan Perlis Hope telah menziarahi sebuah keluarga malang yang hidup dalam keadaan penuh dhaif. Saripah Osman, 40 tahun, seorang ibu tunggal tinggal di sebuah rumah yang dhaif bersama 4 orang anak-anaknya. Salah seorang anak beliau, 10 tahun, adalah pemegang kad OKU.

 Admin dan sukarelawan Perlis Hope turut merasa sayu melihat keadaan rumahnya yang sungguh menyedihkan. Saripah memaklumkan kepada Perlis Hope yang mana beliau belum pernah menerima bantuan dari mana-mana pihak berwajib.
 


 Di kesempatan kunjungan ziarah tadi, sukarelawan Perlis Hope menyampaikan sumbangan bantuan beras, hamper barangan keperluan rumah dan sedikit wang tunai. Saripah yang ditinggalkan suami bekerja sebagai tukang cuci, dengan gaji kecilnya, pihak Perlis Hope dapat merasakan yang beliau tidak cukup untuk menyara keluarganya tambahan pula keadaannya yang mempunyai anak OKU di mana penjagaannya tentu melibatkan kos yang agak tinggi.

 Lantaran itu, Perlis Hope yakin beliau tidak mampu untuk menampung kos untuk membaik pulih keadaan rumahnya yang begitu dhaif.

 Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah salurkan terus ke akaun Maybank 559012318777 [Perlis Hope] ..mohon masukkan rujukan penerima ( derma saripah )dan mohon juga whatsapp resit bayaran ke 013 489 9717 untuk tujuan rekod PERLIS HOPE.


 Kepada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan PERLIS HOPE bolehlah hubungi:

019-505 1444 En. Amri
013-489 9717 En. Faisol

COPY FROM PERLIS HOPE   

#perlishope
#perlishopeforever
#teamperlishope

Berikut adalah gambar-gambar rumah beliau:







7 ulasan:

  1. Shahidan tidoq ni.. kat tambun tulang tu

    BalasPadam
  2. kerajaan x berhati perut langsung

    BalasPadam
  3. good job perlis hope

    BalasPadam
  4. MB x buat keja duk tidoq saja

    BalasPadam
  5. Mohon letakkan no akaun bank untuk sumbangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybank 559012318777 [Perlis Hope] ..mohon masukkan rujukan penerima ( derma saripah )dan mohon juga wassap resit bayaran ke 013 489 9717 untuk tujuan rekod perlis hope..insyaallah pihak perlis hope akan cuba untuk membina sebuah rumah untuk beliau.. doa2kan

      Padam